Kisah 20 Jutawan.Mereka Ini Berhenti Dari Kerja Tetap Mereka Dan Menghasilkan Jutaan Dengan YOUTUBE!

Rata-rata mereka yang menggunakan Internet pasti dan mesti tahu apa itu Youtube,iaitu sebuah platform untuk perkongsian pelbagai jenis video.Dan antara jutaan mereka yang berkongsi video di platform ini,terdapat ramai di antara mereka yang telah menghasilkan pendapatan yang bukan sedikit, hanya dengan memuat naik video mereka ke Youtube.Jom baca artikel tentang 20 orang Youtubers yang telah menjadi jutawan dengan video-video yang telah mereka upload ke channel Youtube mereka.

1.PewDiePie

Felix Arvid Ulf Kjelberg berasal dari Sweeden merupakan antara bintang yang paling terkenal di Youtube.Sebagai seorang " game commentator" di Youtube, dia mempunyai anggaran pendapatan sebanyak $825,000-$8.47 Juta setahun dengan jumlah bilangan subscriber di channelnya sebanyak 23.9 Juta orang dan jumlah view bagi videonya adalah sebanyak 3.69 Billion!



2.BluCollection

Blu Collection mempunyai anggaran pendapatan tahunan sebanyak $660,000-$6.38 Juta dan Blu Collection merupakan sebuah Youtube Channel yang mereview tentang pelbagai jenis permainan.Jumlah subscriber Blu Collection adalah sebanyak 628,000 subscribers dan mempunyai sebnayak 1.38 billion views.



3.DisneyCollectorBR

DisneyCollectorBR dimiliki oleh seorang wanita dari Brazil dimana tema Channel Youtubenya juga adalah sama seperti Blu Collection iaitu membuat review tentang pelbagai jenis permainan.Pendapatan tahunannya dianggarkan adalah sebnayak  $505,000-$5.06 Juta dan jumlah Subscriber terkumpul adalah sebanyak 1.05 Juta dengan jumlah view sebanyak 1.51 Billion View.



4.Smosh

Smosh merupakan duo komedian dianggotai oleh Ian Hecox and Anthony Padilla.Mereka juga boleh dikatakan sebagai pioneers di YouTube. Mempunyai 8 channel Youtube dengan jumlah subscriber lebih 27.71 Juta orang dan views sebanyak 4.6 Billion berkongsikan tentang permainan video dan juga parodi-parodi Filem.Anggaran pendapatan tahunan?Mestilah juta-jutaan juga.Mereka mempunyai anggaran pendapatan sebanyak $448,000-$4.50 Juta setahun.



5.SkyDoesMinecraft

Mereka yang bermainan permainan Minecraft mesti kenal dengan Adam Dahlberg.Adam Dahlberg sangat terkenal di kalangan komuniti Minecraft.Video Adam Dahlberg rata-rata berkaitan dengan Minecraft,gameplay dan komentari berkaitan Minecraft.Jumlah pendapatan tahunan dianggarkan $293,000-$2.92 Juta dengan 8.99 Juta subscriber dan 1.66 Billion view.




6.Vegetta777

Samuel de Luque seorang Spanish mempunyai anggaran pendapatan tahunan sebanyak $257,000-$2.59 Juta.Masih lagi berkaitan permainan video dimana video Samuel de Luque banyak mengenengahkan review dan gameplay tentang Minecraft, Saint's Row dan Battlefield.4.66 Juta subscriber dan 552 Juta views sudah cukup untuk membolehkan beliau mempunyai pendapatan sebanyak itu.

Vegetta777



7.TheFineBros


Benny and Rafi sangat terkenal dengan siri video yang dihasilkan mereka iaitu "REACT" (Kids ReactTeens ReactElders React, and YouTubers React) .Mereka merakam dan menghasilkan pelbagai video tentang bagaimana kanak-kanak,remaja dan orang dewasa bereaksi tentang pelbagai perkara.Dengan jumlah subscriber 7.85 Juta dan 1.41 Billion views membolehkan mereka mempunyai pendapatan sebanyak $239,000-$2.41 Juta setahun.



TheFineBros



8.TheWillyRex

Guillermo Diaz seorang Youtuber dari Madrid Sepanyol  terkenal dengan komentari gameplay bagi permainan Call Of Duty and Grand Theft Auto V.Dengan jumlah subscriber adalah 6.95 juta dan jumlah view sebanyak 1.03 Billion.Apa yang menariknya tentang Guillermo Diaz,Dia telah mengambil keputusan berhenti dari persekolahan untuk menjadi seorang Youtubers sepenuh masa.Ok jangan pandang rendah mereka yang tidak berpelajaran tetapi mempunyai vision yang sangat luas.Dan jangan cemburu kalau saya kata anggaran pendapatan Guillermo Diaz adalah $231,000-$2.31 Juta setahun!!

Guillermo Diaz


9.PrankvsPrank

PrankvsPrank merupakan channel Youtube yang dihasilkan oleh dua pasangan iaitu Jesse M. Wellens dan teman wanitanya Jeana.Channel yang mempunyai lebih daripada 7.70 subscriber dan 1.31 vies ini berkaitan tentang prank dan banyak video yang dihasilkan mereka menjadi viral di internet manakal anggaran pendapatan mereka setahun adalah $223,000-$2.26 Juta

PrankvsPrank


10.TobyTurner

TobyTurner merupakan antara seorang komedian yang sangat terkenal di Youtube dengan pendapatan anggaran mencecah $226,000-$2.18 Juta setahun..TobyTurner  telah menghasilkan pelbagai video kelakar sejak tahun 2006 lagi dan kini mempunyai 3 channel di youtube dengan subscriber berjumlah 13.96 Juta orang dan jumlah view sebanyak 2.87 Billion.

TobyTurner


11.TheDiamondMinecart

Nampaknya banyak Jutawan di kalangan Youtubers ni dari mereka yang membuat review tentang permainan video Minecraft.Termasuk didalam senarai ini adalah Daniel aka TheDiamondMinecraft dengan pendapatan setahun $213,000-$2.15  Juta dan mempunyai subscriber channel sebanyak 1.78 Juta dan jumlah view sebanyak 372 Juta.

TheDiamondMinecart


12.HolaSoyGerman

Berumur baru 23 tahun,German Garmendia merupakan seorang Youtubers dari Chile.German Garmendia menghasilkan pelbagai video kelakar untuk penonton yang berbahasa Spanish dimana channelnya memiliki sebanyak 18.86 subscriber dan memiliki pendapatan sebanyak $210,000-$2.11 Juta setahun.

German Garmendia


13.TheBajanCanadian

Masih lagi Youtuber dari kalangan Gamers.Mitch Donald Ralph Hughes dari Canada seorang Youtuber yang menghasilkan komentari tentang game Call of Duty and Minecraft dan channelnya memiliki 3.25 Juta subscribers..Pendapatan?Masih lagi juta-jutaan iaitu $202,000-$2.04 Juta setahun.


14.SpeedyW03

SpeedyW03 ataupun Kyrsp33dy terkenal dengan gaya komentari video gameplay yang kelakar.Kyrsp33dy mempunyai gaya tersendiri untuk menarik penonton dengan videonya dan kini jumlah sunscribernya melebihi 7.21 Juta dan sentiasa bertambah dari hari ke hari.Pendapatan anggaran SpeedyW03 dianggarkan sebanyak $200,000-$1.98 Juta setahun.

speedyw03

15.BlueXephos

BlueXephos adalah Channel utama bagi Yogscast iaitu sekumpulan Komentar Permainan Video Dari Great Britain,dimana mereka menghasilkan komentari video gameplay bagi permainan Minecraft & World of Warcraft.Pendapatan tahunan mereka adalah dari $195,000-$1.93  Juta dengan subscriber melebihi  6.75 Juta orang.

BlueXephos

16.CaptainSparklez

Dengan gaya penyampaian lain dari yang lain Jordan Maron aka Captain Sarklez terkenal dengan Channel parodinya tentang Minecraft  yang kelakar dan mengumpul hampir 7 Juta subscriber dan peminat setia.Dalam usia yang masih muda,Jordan Maron mempunyai pendapatan tahunan sebanyak $174,000-$1.76 Juta.

CaptainSparklez


17.Potemi926

Jangan rasa diri anda useless ye...Di Jepun,2 kanak-kanak dan adik beradik  Kanna dan Akira telah menghasilkan Channel video mereka bermain dengan pelbagai jenis permainan,iaitu cara mereka review sesuatu permainan dengan cara bermain dengan permainan tersebut.Juga mereka menghasilkan pelbagai video berkaitan tutorial baking secara DIY.Pendapatan tahunan mereka bukan calang-calang iaitu sebanyak $165,000-$1.65 Juta setahun dan telah mengumpulkan sebanyak 265 000 subscribers!

Potemi926


18.ElRubiusOMG

Hampir semua dari jutawan dari kalangan Youtuber di kalangan video game commentator nampaknya.Begitu juga Ruben Doblas Gurdensen dari Sepanyol dimana anggaran pendapatannya adalah sebanyak $154,000-$1.54 Juta setahun dengan subscriber berjumlah 6 juta orang.

ElRubiusOMG


19.TheRadBrad

Bradley Colburn terkenal di dunia permainan video dengan pelbagai tutorial yang disediakan untuk pelbagai jenis game dalam bentuk video.Di juga terkenal dengan karakter yang kelakar apabila gagal untuk melepasi suatu tahap/level didalam sesuatu game.Bradley Colburn yang gila ini mempunyai pendapatan sebanyak 137,000-$1.38 Juta setahun.Cukup lumayan.



20.EvanTubeHD

Baru berumur 7 tahun tetapi telah mempunyai pendapatan sebanyak $134,000-$1.32 Juta setahun.Semua bermula apabila Evan memuat naik sebuah stop motion video tentang Angry Bird dan video itu menjadi viral di Internet dan berjaya mengumpulkan sebanyak 476,000 subscriber dan jumlah tontonan sebanyak 443 Juta !! Not bad untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ye...=p


EvanTubeHD



Segalanya Unik

No comments:

Post a Comment