Pages

  • Home
  • Disclaimer
  • Contact Us
  • Privacy Policy
SEGALANYA UNIK
  • Home
  • About us
  • Drop Down
    • Minimal
    • Sub Menu with Subs
      • Feminist
      • Persona
      • Expose
    • Powergame
    • Fashion
  • Restaurant
  • Mega menu
  • Download

Sebagai Cara Untuk Berhenti Merokok



Adakah anda seorang perokok atau yang baru meninggalkan amalan tidak sihat ini?Saya kongsikan kepada anda,bagaimana untuk anda menyingkirkan kandungan nikotin dan toksin yang bersarang di dalam badan anda disebabkan aktiviti merokok ini.Mungkin makanan-makanan tersebut dapat membantu anda di dalam proses untuk berhenti merokok.


Umum mengetahui bahawa merokok sememangnya tidaklah baik untuk kesihatan,tapi jika sekali sudah terjebak,memang susah untuk meninggalkan tabiat merokok ini.Sebatang rokok mengandungi pelbagai toksin dan bahan yang merosakkan sistem badan manusia.Misalnya Nikotin dan Tar  yang terdapat di dalam rokok,boleh menyebabkan peningkatan mendadak tekanan darah serta merosakkan paru-paru,di samping sifat Nikotin yang membuatkan anda ketagihan.Nikotin ini akan terus berada di dalam badan anda selama beberapa tahun walaupun anda telahpun berhenti dari merokok.


Tabiat merokok juga menyebabkan penurunan kuantiti Vitamin C,E dan A di dalam badan anda,di mana vitamin-vitamin ini berperanan melindungi paru-paru dari kerosakan.
Ini ada berita baik untuk mereka yang telah mengambil keputusan untuk berhenti dari merokok.Anda dapat menyingkirkan nikotin yang telah sebati di dalam badan anda dengan mengamalkan beberapa makanan ini.6 makanan tersebut adalah :
1.Broccoli
Sayuran hijau yang kaya dengan Vitamin C dan B5 menjadi pengganti Vitamin C yang hilang dari badan akibat merokok,di samping mengurangkan Nikotin yang terdapat di dalam bdan anda.Selain itu,ianya melindungi paru-paru daripada kerosakan.


2.Buah Oren

Juga sebagai pengganti hilangnya Vitamin C daripada badan anda akibat merokok,Buah oren yang kaya dengan Vitamin C meningkatkan kadar metabolisme untuk menyingkirkan Nikotin di dalam badan dengan lebih cepat.


3.Jus Carrot

Selain menyebabkan ketagihan,Nikotin juga menyebabkan kulit menjadi kusam,jadi Kandungan Vitamin A,B,C,K di dalam Carrot membantu menyingkirkan Nikotin serta memperbaiki struktur kulit anda kembali.



4.Bayam

 Sayuran yang kaya dengan Vitamin dan Folic Acid ini membuatkan mulut anda merasakan sedutan dan rasa rokok menjadi sangat teruk atau tidak sesedap seperti sebelumnya.


5.Buah Delima / Pomegranate

Dengan mengamalkan memakanan buah / jus buah delima ini,ianya dapat memperbaiki dan melancarkan perjalanan darah serta meningkatkan jumlah cell badan.Ianya juga menjadikan anda bekas perokok atau yang sedang merokok merasakan ketidakperluan nikotin di dalam badan anda.


6. Buah Kiwi

 Berfungsi sama seperti buah Oren iaitu menyingkirkan kandungan Nikotin yang bersarang di dalam badan serta menggantikan kandungan Vitamin A,C dan E yang berkurangan kesan akibat merokok.





0
Share

Cara Untuk Kuruskan Badan

cara untuk kurus dengan cepat


8 Cara Kuruskan Badan Hanya Dari Rumah 

1.Ambil Sarapan Yang Berkhasiat Setiap Pagi

Jangan cuba untuk skip sarapan dengan niat untuk kuruskan badan.Tidak mengambil sarapan setiap pagi bukanlah idea yang baik untuk langkah menguruskan badan.

2.Jangan Skip Waktu Makan Anda

Elakkan skip waktu makan anda,seperti makan tengah hari ataupun malam.Jika anda mahu menurunkan berat badan anda dengan efektif,elakkan tidak memakan langsung dalam tempoh 5 jam antara 3 waktu makan iaitu sarapan,makan tengah hari dan malam. kerana ianya akan merendahkan kadar metabolisma anda.

3.Tidak Mengambil Sarapan Sehinggalah 10 Pagi

Jika anda tidak terlibat dengan mana-mana penyakit berkaitan ketidakseimbangan gula,anda boleh dengan tidak mengambil sebarang makanan ataupun sarapan sehinggalah jam 10 pagi.

4.Makan Malam Sebelum Jam 8 Malam

Ambil makan malam anda sebelum jam 8 malam dan dinasihatkan tidak mengambil sebarang makanan selepas jam 8 malam.

5.Kunyah Makanan Anda Dengan Sempurna

Kunyah makanan anda dengan sempurna.Ini dapat mengelakkan anda dari makan berlebihan kerana dengan menguyah lebih lama dapat membuatkan otak mempunyai lebih masa untuk menerima isyarat dari perut bahawa ianya telah penuh.

6.Makan Buah Sebelum Setiap Hidangan Makanan

Dengan mengambil buah sebelum setiap hidangan makanan anda dapat menyahtoksikan sistem badan anda serta memberi tenaga yang lebih untuk proses menghilangkan berat badan anda.

7.Elakkan Masak Makanan Anda Terlalu Lama

Elakkan memasaka terlalu lama makanan anda (Overcooking).Ini kerana ianya dapat mengurangkan serta menghilangkan nutrien di dalam makanan tersebut.Dengan kekurangan nutrien yang diperlukan,menyebabkan perut dan minda anda menghantar isyarat lapar menyebabkan anda terus-menerus makan.

8.Amalkan Yoga

 Amalan yoga meruapakan suatu senaman yang sangat baik dalam menguatkan fizikal dan mental anda.


0
Share

Siapa yang suka kerja..Bangun tidur seawal 6 pagi dan terpaksa berpusu-pusu untuk ke pejabat setiap pagi,pulang hampir senja...Oh....sangat membosankan bukan?

Begitulah yang di rasai Foster Huntington.Asalnya bekerja sebagai graphic designer di Ralph Lauren New York,remaja ini sangat-sangat merasa bosan dengan kehidupan yang di laluinya.Dia mahukan sesuatu yang lain dan lebih dari itu dalam hidupnya,jadi dia mengambil keputusan packing kesemua barang bersama van buruk kesayangannya meninggalkan kota New York untuk sebuah hidup yang "adventureous" tanpa langsung rasa menyesal.Foster mengakhiri perjalanannya sejauh 100 000 batu dengan sebuah buku hasil tulisannya iaitu Home is Where You Park It..



Foster menjual kebanyakan barangan kesayangannya dan meninggalkan sedikit barangan yang perlu untuk dia survive semasa pengembaraan ini.Kini deringan jam loceng bukanlah masalah besar bagi Foster.


Bangun apabila matahari mula bersinar dan tidur apabila hari gelap.Dan Foster nampaknya langsung tidak perlukan jam loceng sekarang.




Kalau dulu hampir hampir 60 jam perlu berada di tempat kerja dan langsung tiada masa untuk lakukan perkara yang di sukai..Ah...sekarang anytime je brader....



Nak makan?Tangkap sendiri je....




Sangat ketaralah perbezaan antara makanan yang dibeli di pasar dengan makanan yang ditangkap bebas meliar




Hidup macam aku memang memerlukan sentiasa perlu berkompromi.Sanggupkah anda sekalian?




Bab Tidur jangan risau.Bumi Tuhan kan luas.....van ada.campsite ada..atas pokok pun ada...




Dan Aku boleh bermandi manda sesuka hati sambil snap picture pemandangan yang indah yang bisa buatkan engkau semua cemburu tau....




Dan kerana Foster sangat-sangatlah tinggi adventureousnya dan lebih suka dengan kehidupan outdoor,Foster telah membina sebuah rumah diatas pokok di Columbia River Gorge, Oregon dan kini menjadi kediaman rasminya.

Anda boleh lihat lebih lanjut tentang treehouse milik Foster di sini 

0
Share
Rumah daripada bas sekolah lama yang di ubahsuai menjadi sebuah kediaman?Sangat "Rare" bagi kita untuk melihatnya tapi itulah hakikatnya apa yang telah dilakukan oleh mereka yang berjiwa kreatif ini.

Mereka telah mengubah suai sebuah bas lama,yang telah "pencen" dari beroperasi membawa murid-murid ke sekolah menjadi sebuah rumah yang sangatlah mengangumkan,yang sangatlah awesome.Ianya berfungsi sebagai sebuah RV (recreational vehicle) atau Caravan.Mereka bebas untuk bergerak ke mana sahaja,tinggal di mana sahaja dan mengembara dengan membawa rumah mereka sekali.

Berikut saya senaraikan beberapa "Rumah Bas" yang wujud di dunia ini.



Waldmire Road Yacht dibina oleh seorang Inggeris bernama  Rob Waldmire.Beliau telah membina rumah ini menggunakan separa kayu dan telah mengembara bersama rumah kesayangannya ini selama 10 tahun.

0
Share
Menonton filem sama ada di panggung wayang atau melalui televisyen bukan sekadar hiburan semata-mata kerana sebahagian filem mampu memberikan inspirasi dan meningkatkan motivasi untuk usahawan.
Tidak seperti luar negara, pengarahan filem-filem sebegini masih kurang di Malaysia. Berikut antara 10 filem pilihan editor yang terbaik untuk para usahawan tontonkan.

#1 – The Billionaire

Filem ini berdasarkan kisah benar daripada zero menjadi hero mengenai seorang bilionair muda Thailand, Top Ittipat. Top yang pada awalnya seorang yang gila bermain game akhirnya berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang makanan berasaskan rumpai laut.




#2 – The Social Network

Pelajar Harvard, Mark Zuckerberg (Jesse Eisenberg), mencipta Facebook di dalam bilik asrama beliau. Beliau kemudian didakwa oleh rakan-rakan beliau kerana mencuri idea untuk membina laman sosial paling berjaya dan pantas berkembang itu.


#3 – Wall Street

Filem ini mengisahkan mengenai kisah hidup seorang broker saham yang muda dan laparkan kejayaan, Bud Fox. Filem ini terbaik untuk usahawan kerana ia menunjukkan apa hasilnya apabila keinginan untuk berjaya menguasai hidup anda.




#4 – Jerry Maguire

Filem ini berdasarkan kisah benar dan menunjukkan langkah demi langkah kepada penonton untuk berjaya. Setelah membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja, beliau melalui penolakan daripada insan-insan di sekelilingnya.Perlahan-lahan, akhirnya beliau dapat mengenal pasti jalan yang terbaik untuk ditempuhi, dan ia berakhir dengan baik sekali di dalam perniagaan dan juga kehidupan beliau.




#5 – The Pursuit Of Happyness

Christopher Gardner (Will Smith) cuba untuk menyara keluarganya dengan menjual alat-alat perubatan yang tidak mempunyai permintaan. Beliau mendapat peluang untuk berjuang dengan menjual saham, tetapi beliau tidak akan menerima gaji untuk 6 bulan.
Untuk memenuhi keperluan, beliau terus cuba menjual alat-alat perubatan sehingga satu tahap beliau tidak mampu mempunyai tempat tinggal. Tetapi beliau tetap cekal berusaha sehingga mencapai kerjaya yang diimpikan.




#6 – Pirates Of Silicon Valley

Sebuah biografi mengenai pengasas serta pencipta Microsoft dan Apple. Biografi ini memberikan pendedahan bagaimana mereka memulakan dan menguruskan bisnes mereka serta menunjukkan apakah perbezaan besar dalam operasi mereka.




#7 – Moneyball

Pengurus besar Oakland A, Billy Beane (Brad Pitt) hanya mempunyai bajet yang rendah untuk mengambil pemain pasukan baseballnya. Semua pemain bintang beliau telah meninggalkan pasukan setelah mendapat tawaran yang lebih baik.
Beliau meninggalkan pasukan untuk mencari cara bagi membina sebuah pasukan hebat tanpa memerlukan wang yang banyak. Akhirnya beliau menjumpai satu penyelesaian dengan melihat dan memilih pemain berdasarkan data statistik untuk membentuk pasukan.



#8 – Up In The Air

Filem ini mengisahkan mengenai Ryan Bingham (George Clooney) yang pergi ke seluruh negara untuk membuang para pekerja dari syarikat-syarikat lain. Seorang pekerja baru, Natalie Keener (Anna Kendrick) menyertai syarikat itu untuk mengubah model perniagaan semasa dan bergantung sepenuhnya kepada teknologi.

#9 – The Aviator

Filem ini berdasarkan kisah sebenar seorang perintis penerbangan, Howard Hughes sehingga tahun 1947. Ia menceritakan mengenai kehidupan Hughes yang menjadi hartawan penerbangan dan pada masa yang sama mengalami masalah tidak stabil akibat gangguan obsessive-compulsive yang teruk.


#10 – Risky Business

Filem ini merupakan antara filem yang menyeronokkan. Ia menceritakan bagaimana mengambil peluang berisiko tinggi di depan mata. Filem yang dilakonkan oleh Tom Cruise ini mengisahkan mengenai seorang lelaki yang terpaksa berhadapan realiti untuk mencari duit sebelum kepulangan ibu bapanya.

PS: Apakah filem kegemaran anda (selain dokumentari) yang telah memberikan inspirasi kepada anda selama ini?


Sumber : Majalah Niaga

Terima Kasih Majalah Niaga Untuk Artikel Terbaik Ini


0
Share



Tahukah anda bahawa dari buku-buku lama anda yang tebal-tebal yang hidup mereka hanyalah dalam kotak-kotak didalam stor anda itu boleh di tukarkan kepada kraftangan atau sesuatu yang sangat awesome?

Jom,saya kongsikan beberapa idea projek yang anda boleh hasilkan dengan menggunakan buku-buku lama ini.Sangat kreatif dan sangat cantik.


1.Pasu Mini Dari Buku





2.Lampu Meja 






3.Tempat Menggantung Baju







4.Rak Buku





5.Meja




6.Peti Simpanan Rahsia




7.Jam Dinding




0
Share

Kini terdapat 2 jenis Coca Cola di pasaran selain daripada Diet Coke iaitu Coca Cola Classic dan yang terbaru Coca Cola Zero iaitu coke yang mengandungi kandungan gula yang sedikit.Dengan packaging berlainan dari warna tema asal mereka iaitu hitam.Namun adakah Coca Cola zero sedikit baik berbanding Coca Cola Classic?



Video di bawah menunjukkan perbandingan apabila 2 jenis Coke in di masak dan dibiarkan meruap selama 20 minit.Lihat apa yang terjadi...




Jadi apa pandangan anda selepas menonton video tersebut.Masih mahu meneguk minuman bernama Coca Cola ini?

0
Share


Rahsia tetap rahsia.Janji jangan bagi tahu sapa-sapa ye.....


0
Share

Kadang-kadang kita akan jumpa dengan pelbagai jenis karenah pengguna kereta,sebagai contoh mereka yang jenis suka parking ikut suka hati mereka tanpa mengira pengguna yang lain.Rasa marah pun ada bila tengok pengguna macam ni..Jom tengok bagaimana mereka mendidik mereka yang berjenis ini secara sarkastik...






















0
Share
Older Posts Home

Popular Posts

  • 8 Kelebihan Bersenam Selama 5 Minit Setiap Hari yang Anda Tidak Tahu - Kini Tiada Lagi Alasan Untuk Tidak Bersenam
  • Lelaki Ini Bosan Dengan Hidup Yang Sama Lalu Mengambil Keputusan Berhenti Kerja Dan Memilih Untuk Travel
  • 10 Tanda Anda Seorang CAT PERSON - NO 5 Memang Kelakar

Labels Cloud

  • DIY
  • DUNIA KUCING
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • MOVIE
  • SENI BINA
  • TRAVEL
  • VIDEO KELAKAR

Labels List Numbered

  • DIY
  • DUNIA KUCING
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • MOVIE
  • SENI BINA
  • TRAVEL
  • VIDEO KELAKAR
Copyright © 2015 SEGALANYA UNIK

Created By ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates